sebelum saya memutuskan untuk mengambil kaedah perancang keluarga ini, saya telah membuat beberapa "research" berkaitan dengannya.
sebelum ini saya sebenarnya mengamalkan kaedah pengambilan pil setiap hari, namun ia nya tidak berjaya dan tidak bertindak balas dgn baik terhadap tubuh saya.
semasa hamil, saya mula memasang niat untuk mengambil 'implan' dengan melakukan minor surgery di bawah lengan selepas bersalin nanti.
namun, apabila saya bersalin, semasa di hospital doctor yang merawat saya menasihatkan saya supaya mencuba terlebih dahulu kaedah suntikan 'depo'.
kata doctor pada ketika tu " lepas ni awal nk amek perancang ape ye"
saya menjawab " mungkin implan, doctor"
doctor membalas " saya nasihatkan awk cuba dulu suntikan 'depo', tengok dulu sama ada suntikan tu 'ngam' or x dgn awak...kang kalo awk pasang implan terus kang, nnt kalo xngam dgn awk, terpaksa 'buang' (bukak balik), kan rugi"
saya pon senyum je...tanda saya setuju dgn nasihat doctor....
mmg da survey da kos semua kaedah:
a) Kaedah Pil : RM 35.00 sepapan
b) Kaedah Suntikan Depo : RM 35.00 sekali suntik
c) Kaedah Implan : RM 580.00 (bergantung kepada klinik swasta/kerajaan)
jadi, xberbaloi la kalo amek implan, kalo xngam kena bukak blk..mmg rugi sbb implan mahal skt berbanding kaedah lain...
jadi, keputusan nya pas 3 bulan bersalin, suntikan pertama depo adalah 25/5/2014 and coming soon 18/9/2014....ianya 3bulan sekali....
Apakah itu DEPO-Provera dan bagaimana ia diberikan?
DEPO-Provera adalah ubat perancang keluarga yang mengandungi hormon. Ia perlu diberikan oleh doktor dengan cara injeksi menggunakan jarum pada otot punggung pada setiap 3 bulan bagi tujuan menghalang kehamilan.
Berapa cepat ia berkesan dalam menghalang kehamilan?
Keberkesanannya bermula serta-merta selepas injeksi pertama jika diberi dalam tempoh lima hari pertama haid anda. DEPO-Provera adalah di antara ubat perancang keluarga yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.
Bagaimana cara ia bertindak dalam menghalang kehamilan?
Ia bertindak menghalang ovulasi dengan memberhentikan rembesan hormon pencetus ovulasi daripada otak. Di samping itu, ia juga memekatkan cairan serviks dan menyukarkan sperma daripada memasuki rahim. Kesan lain ialah menipiskan dinding rahim dan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak lagi sesuai untuk berlakunya implantasi.
Adakah semua wanita boleh menggunakan DEPO-Provera?
Kebanyakan wanita sesuai menggunakan DEPO-Provera. Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan untuk wanita yang mengalami masalah seperti berikut;
• Pendarahan vagina yang luar biasa dan masih tidak diketahui sebabnya
• Wanita yang mempunyai masalah Hati seperti Hepatitis
• Kanser Payudara
• Mereka yang mempunyai masalah darah beku
Apakah kesan sampingan DEPO-Provera?
DEPO-Provera boleh menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan dan setiap wanita mempunyai simtom yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah ramai yang tidak mempunyai kesan sampingan langsung.
Di antara simtom paling kerap berlaku ialah:
• Haid yang tidak tetap dan jarang-jarang
• Kemurungan dan masalah emosi
• Pening dan sakit kepala
• Tumbuh Jerawat
• Perubahan dalam selera makan
• Penambahan berat badan
• Tumbuh bulu pada muka dan badan
• Rambut gugur
Selepas setahun menggunakan DEPO-Provera, 50% daripada wanita mendapati haid mereka berhenti sepenuhnya dan selalunya pada ketika inilah mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan pemakaian DEPO-Provera ini. Penggunaan DEPO-Provera yang berpanjangan boleh menyebabkan kehilangan mineral tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. Risiko ini adalah lebih cenderung kepada mereka yang telah mengambil untuk tempoh melebihi daripada 2 tahun, terutamanya apabila wujud faktor-faktor seperti sejarah keluarga dan perokok. Adalah dinasihatkan wanita yang mengambil DEPO-Provera mendapatkan supplemen Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu mencegah osteoporosis.
Berapa lama boleh hamil kembali selepas berhenti pengambilan DEPO-Provera?
Selalunya kehamilan boleh berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas suntikan terakhir. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sehingga satu hingga dua tahun.
Apakah Kelebihan Menggunakan DEPO-Provera ini?
Terdapat beberapa kelebihan dengan menggunakan kaedah ini:
• Anda tidak perlu ingat untuk mengambil ubat sebagaimana pil perancang
• Ia menyediakan perlindungan jangka panjang, jadi anda tidak perlu mengambil ubat dengan kerap
• Tidak terganggu dengan aktiviti seksual.
• Sangat efektif dalam menghalang kehamilan sehingga hampir 99%
• Lebih murah berbanding pil perancang.
Apakah yang Kelemahan DEPO-Provera?
Kelemahan menggunakan DEPO-Provera termasuk:
• Boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini kepada segelintir wanita
• Tidak memberi perlindungan terhadap penyakit kelamin
• Boleh menyebabkan haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung
• Anda perlu berhenti mengambil DEPO-Provera beberapa bulan sebelum anda merancang untuk hamil kerana kesuburan anda mengambilmasa yang lama untuk pulih selepas injeksi terakhir.
Berbincang dengan doktor untuk menentukan samada DEPO-Provera adalah sesuai untuk anda.
Jangan Terlalu lama mengamalkan suntikan pencegah Hamil
boleh layari website DR.Zubaidi
klik link di bawah :
http://drzubaidi.com/blog/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan/
daripada sudut pembacaan saya, terdapat beberapa fakta penting yg saya "take note" :
a) kesan perlindungan akan bermula selepas seminggu suntikan diberikan.
b) period tidak teratur atau kemungkinan tidak datang period dlm tempoh lebih dari 6 bulan.
c) kesuburan kembali normal selepas 10-12 bulan suntikan terakhir. atau mungkin juga 18 bulan.
d) wanita yang mengamalkan suntikan ini melebihi 5 tahun akan mengalami masalah kerapuhan tulang.
e) suntikan perlu dibuat pada otot yang besar seperti otot bahu atau otot punggung untuk mengelakkan kerosakan saraf.
f) apabila simpton-simpton suntikan ini semakin teruk, kite perlu cuba kaedag lain dan menghentikan pengambilan suntikan.
salam sayang
**Hanez Syuhada**
Klau klinik 1malaysia nak cucuk depo kena bayar tak?
ReplyDeleteByr rm1 jer..
DeleteTapi mcm saya langsung tak bayar..,dah nk masuk 4x pakai tak bayar apa pun...
Klau klinik 1malaysia nak cucuk depo kena bayar tak?
ReplyDeletemenyesal ambk depo...period non stop berbulan2
ReplyDeletearr sis saya pun ambk depo 1st period non stop 😢
Deletearr sis saya pun ambk depo 1st period non stop 😢
Deletearr sis saya pun ambk depo 1st period non stop 😢
Deletearr sis saya pun ambk depo 1st period non stop 😢
Deletemenyesal ambk depo...period non stop berbulan2
ReplyDeleteAwk yeke brapa bulan, kita da 14hari risau jgk baru amik inject depo sekali.mcm mnyesal ada juga ni.
Deletekenapa menyesal sis?sy pon tgh consider nk ambik depo lepas ni...huhu
DeleteSaya lpas 30 hri branak, ambik depo sbb ceaser, x pk pjg sgt,, 2 3 hr lpas tu kluar darah smpai la hr ni dh 75 hri,, msih ada lg, tp dh x byak... mnyesal rasanya..
DeleteSy amik depo lps 3hri bersalin czer..dipaksa amik dihospital..n smpi skrg drah x stop lg...
DeleteDh 59hri dah hri ni..dr lpas bersalin
DeleteSy pun sama. Lpas bersalin amik depo..tp period smpai lupa bila start bila stop sbb beminggu2 lamanya . Pastu lama x period. Ni period balik dh nak sebulan.
DeleteSaya plak tak datang2 haid..mcm nak tukar kpd pil ..
ReplyDeleteSy dh setaun lbh xdtg priod....tkut pn ada jg...rasa mcm nk stop pla jrum depo nie
Deleteaah samalah saya perghhh darah skit2 je ni dtg hampir 2bulan drh haid xberhenti.ini dikira drh berpenyakit.mkn ubat berhenti drh pn drh xberhenti.tlg saya cmna nk buat ni.
Deleteaah samalah saya perghhh darah skit2 je ni dtg hampir 2bulan drh haid xberhenti.ini dikira drh berpenyakit.mkn ubat berhenti drh pn drh xberhenti.tlg saya cmna nk buat ni.
DeleteSamalah saya last amik injection depo bulan 8 lepas tu dari period bulan 9 sampai habis bulan 10 darah tak berhenti tapi sikit2 je keluar..next cucuk bln 11 ni sy amik pn n ckap kt doc nk try pil perancang plak..doc kasi pil regulon.skarang alhamdulillah 3hari amik pil dah benti darah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesy dah ambik suntikan bru sekali.. skrg tgh period.. dah nk masuk seminggu.. sblom ni sy xde msalah period.. tapi period kali ni sy rse lain mcm..mcm xde tanda2 darah akan berhenti.. selalunya sy klu period dlm 5 hari xde dah.ermm sedih 😢
ReplyDeleteSama dengan saya , baru saja ambik suntikan tiba2 datang haid x berhenti.menyesal ambik suntikan ni
ReplyDeleteLast September sy ambik suntikan depo... dah sebulan blm lagi period 😫
ReplyDeleteMuka penuh jerawat, rambut gugur, kdg2 sakit kepala... sblm ni x pernah sakit kepala,jerawat all... rambut gugur ade la... xpi x gugur teruk cam skrg...😣 cam x selesa je klu x period...😠menyesal ambik suntikan depo ni...😓 bahaya x klu stop suntikan depo ni dlm sebulan ? Baru first time ambik depo 😔
Saya pun baru 1st ambil depo lepas 2bln bersalin. Saya ambil awal Nov aritu. Sblm ni period normal tp lps je ambil depo ni period jd x menentu. Lama pastu sikit2 je. Utk 2nd suntikan awal bln Dec aritu sy x ambil. Bgtau je doc siap2. Dia pun xpaksa. Lgpun kesan sampingan kat kita. Skrg mmg x ambil apa2 perancang.. tp period still x teratur lg. Xtau bila nk normal balik... ��
DeleteSudah 7bulan berhenti tapi haid mc kluar nonstop kenapa ar?
ReplyDeleteKalu amik pil ok x korang ?
ReplyDeleteLast ambil suntikan 14 bulan 3 2020
ReplyDeletePatut Kena injek 3.6.2020
Tapi saya ambil keputusan until berhenti ambil injek Depo ni, sekarang da Masuk 4 bulan tapi haid belum datang, risau juga ni. Ada yang dapat Bantu mcmana cara atasi
Lepas cucuk first depo, period spotting setiap hari sikit2. Nak tgu sampai 15 hari tengok cemana nnt. Ni dah hari ke 12.
ReplyDelete