Sunday, February 2, 2014

CAESAREAN SECTION, LSCS

BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION, LSCS)

caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ?
laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘elective caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. kandungan kembar
2. bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘emergency caesarean’ diperlukan apabila :
1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

PROSEDUR
1. berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3. kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5. pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. bahagian bawah uterus juga akan dipotong. oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai lscs (lower segment caesarean section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7. air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10. seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. uterus akan dijahit pada dua lapisan. abdomen juga dijahit pada dua lapisan. jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAYA SELEPAS BERSALIN MELAUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION)?

1. anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. kadangkala, parut akan membengkak. anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .


sila klik contoh video pembedahan secara c-zer: 


https://www.facebook.com/photo.php?v=10202286241870333&set=vb.1619683360&type=3&theater


salam sayang
<3 Husna Safiya <3

No comments :

Post a Comment