Friday, February 21, 2014

Perancang Keluarga yang menjadi pilihan saya


sebelum saya memutuskan untuk mengambil kaedah perancang keluarga ini, saya telah membuat beberapa "research" berkaitan dengannya.

sebelum ini saya sebenarnya mengamalkan kaedah pengambilan pil setiap hari, namun ia nya tidak berjaya dan tidak bertindak balas dgn baik terhadap tubuh saya.

semasa hamil, saya mula memasang niat untuk mengambil 'implan' dengan melakukan minor surgery di bawah lengan selepas bersalin nanti.

namun, apabila saya bersalin, semasa di hospital doctor yang merawat saya menasihatkan saya supaya mencuba terlebih dahulu kaedah suntikan 'depo'.

kata doctor pada ketika tu " lepas ni awal nk amek perancang ape ye"
saya menjawab " mungkin implan, doctor"
doctor membalas " saya nasihatkan awk cuba dulu suntikan 'depo', tengok dulu sama ada suntikan tu 'ngam' or x dgn awak...kang kalo awk pasang implan terus kang, nnt kalo xngam dgn awk, terpaksa 'buang' (bukak balik), kan rugi"
saya pon senyum je...tanda saya setuju dgn nasihat doctor....

mmg da survey da kos semua kaedah:

a) Kaedah Pil : RM 35.00 sepapan

b) Kaedah Suntikan Depo : RM 35.00 sekali suntik

c) Kaedah Implan : RM 580.00 (bergantung kepada klinik swasta/kerajaan)

jadi, xberbaloi la kalo amek implan, kalo xngam kena bukak blk..mmg rugi sbb implan mahal skt berbanding kaedah lain...

jadi, keputusan nya pas 3 bulan bersalin, suntikan pertama depo adalah 25/5/2014 and coming soon 18/9/2014....ianya 3bulan sekali....




Apakah itu DEPO-Provera dan bagaimana ia diberikan?
 

DEPO-Provera adalah ubat perancang keluarga yang mengandungi hormon. Ia perlu diberikan oleh doktor dengan cara injeksi menggunakan jarum pada otot punggung pada setiap 3 bulan bagi tujuan menghalang kehamilan.
 

Berapa cepat ia berkesan dalam menghalang kehamilan?

Keberkesanannya bermula serta-merta selepas injeksi pertama jika diberi dalam tempoh lima hari pertama haid anda. DEPO-Provera adalah di antara ubat perancang keluarga yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.
 
Bagaimana cara ia bertindak dalam menghalang kehamilan?


Ia bertindak menghalang ovulasi dengan memberhentikan rembesan hormon pencetus ovulasi daripada otak. Di samping itu, ia juga memekatkan cairan serviks dan menyukarkan sperma daripada memasuki rahim. Kesan lain ialah menipiskan dinding rahim dan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak lagi sesuai untuk berlakunya implantasi.

Adakah semua wanita boleh menggunakan DEPO-Provera?

Kebanyakan wanita sesuai menggunakan DEPO-Provera. Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan untuk wanita yang mengalami masalah seperti berikut;
•       Pendarahan vagina yang luar biasa dan masih tidak diketahui sebabnya
•       Wanita yang mempunyai masalah Hati seperti Hepatitis
•       Kanser Payudara
•       Mereka yang mempunyai masalah darah beku


Apakah kesan sampingan DEPO-Provera?

DEPO-Provera boleh menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan dan setiap wanita mempunyai simtom yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah ramai yang tidak mempunyai kesan sampingan langsung.
Di antara simtom paling kerap berlaku ialah:


•       Haid yang tidak tetap dan jarang-jarang
•       Kemurungan dan masalah emosi
•       Pening dan sakit kepala
•       Tumbuh Jerawat
•       Perubahan dalam selera makan
•       Penambahan berat badan
•       Tumbuh bulu pada muka dan badan
•       Rambut gugur

Selepas setahun menggunakan DEPO-Provera, 50% daripada wanita mendapati haid mereka berhenti sepenuhnya dan selalunya pada ketika inilah mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan pemakaian DEPO-Provera ini. Penggunaan DEPO-Provera yang berpanjangan boleh menyebabkan kehilangan mineral tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. Risiko ini adalah lebih cenderung kepada mereka yang telah mengambil untuk tempoh melebihi daripada 2 tahun, terutamanya apabila wujud faktor-faktor seperti sejarah keluarga dan perokok. Adalah dinasihatkan wanita yang mengambil DEPO-Provera mendapatkan supplemen Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu mencegah osteoporosis.

Berapa lama boleh hamil kembali selepas berhenti pengambilan DEPO-Provera?

Selalunya kehamilan boleh berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas suntikan terakhir. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sehingga satu hingga dua tahun.

Apakah Kelebihan Menggunakan DEPO-Provera ini?

Terdapat beberapa kelebihan dengan menggunakan kaedah ini:
•  Anda tidak perlu ingat untuk mengambil ubat sebagaimana pil perancang
•  Ia menyediakan perlindungan jangka panjang, jadi anda tidak perlu mengambil ubat dengan kerap
•  Tidak terganggu dengan aktiviti seksual.
•  Sangat efektif dalam menghalang kehamilan sehingga hampir 99%
•  Lebih murah berbanding pil perancang.

Apakah yang Kelemahan DEPO-Provera?


Kelemahan menggunakan DEPO-Provera termasuk:
Boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini kepada segelintir wanita
•  Tidak memberi perlindungan terhadap penyakit kelamin
•  Boleh menyebabkan haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung
•  Anda perlu berhenti mengambil DEPO-Provera beberapa bulan sebelum anda merancang untuk hamil kerana kesuburan anda mengambilmasa yang lama untuk pulih selepas injeksi terakhir.


Berbincang dengan doktor untuk menentukan samada DEPO-Provera adalah sesuai untuk anda.



Jangan Terlalu lama mengamalkan suntikan pencegah Hamil

boleh layari website DR.Zubaidi

klik link di bawah : 

http://drzubaidi.com/blog/jangan-terlalu-lama-mengamalkan-suntikan-pencegah-kehamilan/

daripada sudut pembacaan saya, terdapat beberapa fakta penting yg saya "take note" :

a) kesan perlindungan akan bermula selepas seminggu suntikan diberikan.

b) period tidak teratur atau kemungkinan tidak datang period dlm tempoh lebih dari 6 bulan.

c) kesuburan kembali normal selepas 10-12 bulan suntikan terakhir. atau mungkin juga 18 bulan. 

d) wanita yang mengamalkan suntikan ini melebihi 5 tahun akan mengalami masalah kerapuhan tulang.

e) suntikan perlu dibuat pada otot yang besar seperti otot bahu atau otot punggung untuk mengelakkan kerosakan saraf.

f) apabila simpton-simpton suntikan ini semakin teruk, kite perlu cuba kaedag lain dan menghentikan pengambilan suntikan. 




salam sayang
**Hanez Syuhada**

Tuesday, February 11, 2014

CREAM CHEESE CRACKER OREO


500gm cream cheese
Susu full cream
1/2 tin susu pekat manis
30 keping biskut cream cracker ( cap pingpong)
6 biji biskut oreo ( kisar biskut sahaja tanpa cream)

Cara penyediaan :
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan 4 sudu susu full cream dan kemudiaan masukkan susu pekat bersama cream cheese.
3. Celup biskut cream cracker dalam susu full krim kemudiaan susun biskut di bahagian paling bawah.
4. Letakkan pula cream cheese di atas biskut kemudian taburkan oreo kisar tadi.
5. Ulang langkah sehingga siap.
6. Masukkan ke dalam fridge selama 4- 5jam sebelum makan






waa...sedap nye kan..(^_^)




salam sayang
<3 Husna Safiya <3

Monday, February 10, 2014

Cara-cara Buat Puding Trifle






Bahan-Bahan yang digunakan:
( bahan-bahan ni utk 2 adunan klu nak buat 1 adunan pandai2 la bahagi dua )
  • - 2 buku kek pandan (jenama first choice)
  • - 2 tin susu cair
  • - 400ml air
  • - 8 sudu besar tepung kastard (jenama nona)
  • - 12 sudu besar gula
  • - 4 sudu teh esen vanila
  • - 1 tin besar buah campur
  • - hiasan (1 tin buah peach & kiwi) terpulang nak hias guna buah apa pun
  • - 1 kotak jelly (jenama nona)



susun kek pandan yg dah dipotong seperti gambar di atas..
 renjis air buah campur td biar kek pandan tu lembab2..



lepastu taburkan buah campur ke atas kek pandan td..


campur ke semua susu cair, air, tepung kastard, gula dan esen vanila.. kacau sampai sebati sampai tepung kastard tak berketul2.. then, masak atas api sederhana.. kacau sampai agak2 nak pekat.. 

# jgn terlalu cair jgn terlalu pekat.. pandai2 la bajet..


letak kastard di atas buah campur tadi..


hias buah peach & kiwi..


 lepas tu letak bancuhan jelly.. (cara2 nak bancuh jelly ada kat belakang kotak)


dah siap..!! letak dlm peti ais dulu lg sedap.. selamat mencuba..!!



salam sayang
<3 Husna Safiya <3


Tuesday, February 4, 2014

Kekasih Abadi






Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi


salam sayang
<3 Husna Safiya <3

Monday, February 3, 2014

minggu2 terakhir...


arinida cukup sebulan la guna WG :)














oreo cheese cake bekas ke 2..hehe :P


salam sayang
<3 Husna Safiya <3

Hati yg selalu kau lukai....

Disaat kau sedang enak menyuap makanan ke mulut mu...
aku masih lagi menyuap anak mu untuk pastikan dia kenyang terlebih dahulu...

Disaat kau sedang seronok lepak diluar bersama kawan2 mu di kedai makan...
aku masih mendodoikan anak mu di rumah hingga lewat malam...

Disaat kau sedang nyenyak tidur..
aku bangun di malam hari utk membuat susu dan menukar lampin anak mu..

Disaat kau berjalan pantas dihadapan...
aku masih terhuyung hayang berjalan di belakang.....

Disaat kau leka dgn minat mu..hobi mu...
aku terpaksa mengorbankan dan melupakan keinginan ku...



aku tak pinta hadiah semahal hadiah ku utk mu...
aku tak pinta emas berlian permata dari mu...

hanya aku pinta hak ku...perhatian darimu..nafkah wajib dr mu..pakaian ku..kelengkapan ku...

ku cuba menahan keinginan ku kerana mu...
kerana xingin membebankan mu...
namun....

semua pengorbanan ku langsung tidak dihargai dek kerana keutamaan mu pd keluarga mu...

mane letak nye keutamaan mu utk isteri dan anak2...


ku kendong 9 bulan ku susui ku riba ku jaga zuriat mu walau pahit jerih...bdan ku penat namun...
kau xpenah cuba memahami segala pengorbanan itu...

bukan membantu tp cukup la utk memahami ape yg aku rase ape yg aku alami...

sakit ku lahirkan zuriatmu...
sakit ku yg xpenah kau rase...
tp cukuplah sekadar kau memahami dan cuba mengerti pergorbanan itu...

jika itu doa mu utk ku....
akan ku pergi meninggalkan mu...
ku hanya ingin zuriatmu melihat dunia...
biar pun nyawa ku ditukar ganti...

namun....
demi zuriatmu...ku relakan jua...








Wahai suami sekalian.. 

Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.


salam sayang
<3 Husna Safiya <3


Sunday, February 2, 2014

CAESAREAN SECTION, LSCS

BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION, LSCS)

caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ?
laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘elective caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. kandungan kembar
2. bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘emergency caesarean’ diperlukan apabila :
1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

PROSEDUR
1. berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3. kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5. pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. bahagian bawah uterus juga akan dipotong. oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai lscs (lower segment caesarean section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7. air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10. seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. uterus akan dijahit pada dua lapisan. abdomen juga dijahit pada dua lapisan. jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAYA SELEPAS BERSALIN MELAUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION)?

1. anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. kadangkala, parut akan membengkak. anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .


sila klik contoh video pembedahan secara c-zer: 


https://www.facebook.com/photo.php?v=10202286241870333&set=vb.1619683360&type=3&theater


salam sayang
<3 Husna Safiya <3

Disaat 34 weeks....


8 Bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.




"Saat engkau lahir ke dunia,tali pusarmu di potong.

Tapi bekas tali pusar itu tetap ada di tubuhmu.



Agar engkau selalu ingat dengan sosok perempuan luar biasa yang memberimu makanan melalui tubuhnya. "



''YA ALLAH..jadikan ibu kita semua sebagai perempuan Ahli Surga."



Aamiin ya Rabbal'alamin.






miinggu2 terakhir kena check bp & urine setiap 2 ari sekali..kan best kalo ade alat ni..xpayah ulang alik g klinik..huhuhu



skrg da 34 weeks...tp betol ke berat baby da 2.6 kg ye? risau lak takot baby besar..huhu


peha, betis & kaki da mula tegang & membengkak...
sakit2 badan..sakit pinggang kian terasa...
nk jalan pon cam da xlarat..
ape lg bile da baring..pastu nk bgn..fuh mmg sgt2 la susah..rase berat sgt bdn ni huhuhu

rasenye..xlama lg...tp...

semalam..cm ade kuar sedikit cecair...susah nk kenal pasti sama ade tu air ketuban or x...

tp..yg pasti belum ade rase sakit or kontraksi pape lg...

harap baby dlm perot mama okay2 ajer ye :)



keratan sebuah cerita seorg suami :

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.



boleh selami cerita yg amat terharu ini kat link kat bawah nie ye...(smpai wat sy menangis ketika membaca nya) huhu...

https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil/posts/470525979742205:0


 da sebulan guna WG, ini lah hasilnya..sungguh puas hati....rupa nya kulit muka dgn WG mmg serasi :) 




CNY punyer citer..wat oreo cheese cake 3 bekas...1 bekas ni da licin da..layan sorang2...syok!!





husna lak tdo jek...sepanjang cuti CNY..3 ari duk rumah jek :)

mama syg anak comey mama ni sgt2! (^_^)/

salam sayang
<3 Husna Safiya <3