Sunday, July 20, 2014

Minat yang sama (Part 2)

salam ramadhan ke 22

sambungan Part 2, wat kuih raya lagi....


biskut Oat Choco
skrg uli sume bahan2...uli dgn tgn jer...

jom masok kan dalam oven selama 10 minutes

ni la chef yg cam pro :p

adoi..pening ar tgh chef yg byk posing ni :p
biskut da masak, yummy sedap mkn panas2 :)
tukang try biskut, tgh malam pon blh guna servis dia lg..kalo nk guna servis dia leh PM ye :P

oh rambot versi raya thn ni...fesyen 2014 la kata kan :P hahaha (rambut tinggi rendah)

Kakak pon nk jd Chef cam papa gak ker :P

adik behave je masa mama papa wat kuih raya (^_^)
ade yg kembang meluap2 ;p hahaha

dapat 1 balang yeay! sedap! ranggup2...manis2 chocolate!


Tips Buat Biskut Raya

+ Sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.

+ Biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.

+ Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan biskut bantut.



-
-
-
-
-
-
> Mentega

Guna mentega tulin seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis Pure Butter atau lepa susu seperti Buttercup. Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.

> Kekacang

Semua biskut yang menggunakan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak, cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih lama. Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ni agak berminyak apabila di bakar. Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut.


link:
http://kelasbakeri.com/

http://kelasbakeri.com/category/resepi/biskut/page/2/

salam sayang
**Husna Saffiya & Hanez Syuhada**

No comments :

Post a Comment