Monday, January 20, 2014

I'm a rhesus negative blood type

Pregnancy with -ve Rhesus blood type

Pregnant women always have a blood group test. This is because if the mother is RhD negative but the child has inherited RhD positive blood from the father, it could cause complications if left untreated.
RhD negative women of child-bearing age should always only receive RhD negative blood.

http://bayi-ibu.com/ketidakserasian-rhesus-negatif-ibu-hamil/


Apa Itu Rhesus? 
Rhesus merupakan satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah. Rhesus terbahagi kepada 2 iaitu rhesus positif atau rhesus negetif.

Apakah Kepentingan Mengetahui Jenis Rhesus Wanita Hamil?

Permasalahan Rhesus dalam mengandung boleh berlaku bila seorang wanita yang negatif mempunyai pasangan Rhesus positif.Rhsesus (-ve) ni bukan penyakit tapi berkaitan dengan jenis kumpulan darah kita.


setiap jenis darah ada faktor rhesus sama ada positif atau negatif selalunya kebanyakan orang di Malaysia berhesus positif.minoriti sgt yg berhesus negatif

 Rhesus adalah satu kumpulan antigen (bahan dianggap asing oleh badan) yang mungkin atau tidak hadir pada permukaan sel darah merah. Ia menjadi asas bagi sistem kumpulan darah. Kebanyakan orang tidak mengira jenis darah mereka mempunyai rhesus positif. Individu yang tidak mempunyai faktor ini dipanggil rhesus negatif atau Rh negatif.


Menurut Dr Ho, Rh negatif dianggap sebagai keadaan tidak normal dan ia jarang berlaku. Ketidakserasian antara darah Rh positif dan Rh negatif boleh menyebabkan penyakit berkaitan darah pada bayi. Bagi wanita yang mempunyai Rh negatif, suami akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika suami juga mempunyai Rh negatif, bermakna anda boleh menarik nafas lega kerana darah anda ‘serasi’ dengan darah suami.




Hal ini, boleh memberi kesan kepada janin yang dikandung, jika bayi atau janin tersebut mempunyai rhesus jenis positif. Keadaan ini boleh berlaku dalam kadar risiko 50% atau 100%. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi (antibodi anti-D) yang memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi.


Jika janin mempunyai rhesus positif, masalah boleh timbul jika sel darah janin bercampur dengan sel darah ibu. Jika tidak dirawat, sel darah ibu akan membentuk antibodi yg akan memusnahkan sel2 darah rhesus positif janin. Antibodi yg terbentuk ini boleh memberi masalah kepada janin dan boleh mengakibatkan kematian janin.


Pembentukan antibodi ini, boleh terjadi dalam keadaan berikut :



  • Kelahiran - lebih cenderung dalam pembedahan caesarean, kelahiran kembar dan kelahiran stillbirth
  • Prosedur D & C
  • Prosedur mengeluarkan uri yg lambat lekang selepas bersalin (manual removal of the placenta)
  • Prosedur tertentu sewaktu kehamilan. Contohnya, amniotentesis dan chorionicvillous sampling)
  • Trauma dalam trimester ketiga seperti kemalangan, hentakan dan sebagainya.

Antibodi (antibodi anti-D) yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan, seperti juga kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak - badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus campak itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.


Jadi, jika ibu itu mengandung kali kedua, dan kandungan anak itu positif juga, antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops fetalis'.


Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Mengikut kajian, lebih kurang 85% daripada kita mempunyai darah jenis rhesus positif. Namun , walaupun hanya 15% sahaja wanita yg mempunyai rhesus negetif, ada kemungkinan besar mereka akan mempunyai suami rhesus positif. Oleh kerana genetik rhesus bersifat dominan maka kemungkinan janin yg dikandung mempunyai rhesus positif juga adalah besar. Bagi suami yg mempunyai rhesus positif bersifat heterozigus maka setiap janin yg dikandung mempunyai risiko 1 : 2 untuk mempunyai rhesus positif. tetapi jika suami mempunyai rhesus positif bersifat homozigus, maka setiap janin yg dikandung akan mempunyai rhesus positif.

Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung untuk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yang Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka akan diminta membawa suami untuk diperiksa jenis darah mereka. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati seperti demikian - bila sudah bersalin, darah anak akan diperiksa untuk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dalam lingkungan masa 72 jam - suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yang akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kepada Rhesus positif. Ini akan diulangi tiap-tiap kali ia bersalin jika anaknya itu positif juga.


SUNTIKAN RHOGAM UTK PEMBAWA DARAH RHESUS NEGATIVE

Sewaktu kehamilan pertama dulu, saya sudah diberi suntikan rhogam dua kali dan sekali selepas bersalin

MEMANDANGKAN anda diberikan suntikan rhogam selepas bersalin, saya menjang­ka suami dan anak sulung anda mempunyai darah rhesus positif. Tujuan rhogam diberikan adalah untuk melindungi anda (yang mempunyai rhesus negatif) daripada membentuk tindak balas terhadap darah janin atau anak terbabit (yang mempunyai rhesus positif). 

Dalam kebanyakan kes, dos suntikan yang diberikan adalah mencukupi untuk menampung kuantiti darah rhesus positif yang mencemari seseorang ibu. Hanya kadangkala sekiranya jumlah kemasukan darah terbabit lebih daripada jangkaan, dos suntikan mungkin tidak mencukupi. Terdapat ujian darah untuk mengetahui keadaan ini. 

Kesan perlindungan suntikan rhogam ini penting untuk menghalang anda menyerang darah janin kandungan yang akan datang. 

Anda dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan doktor sewaktu kehamilan akan datang bagi terus melindungi diri daripada membentuk tindak balas ini, memberitahu doktor lebih awal mengenai status rhesus negatif ini, termasuk jika anda mengalami keguguran atau pendarahan sewaktu hamil.


Pada keadaan biasa faktor ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kecuali ketika anda mengandung. Apa dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan daripada bahan baka ayah dan ibu, maka badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing. Ini menyebabkan wanita boleh mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.


Jika anda mengalami pendarahan sebelum atau selepas melahirkan anak, doktor akan memberikan suntikan RhoGAM untuk mengelakkan komplikasi. Ini bermakna doktor akan memberikan suntikan setiap kali anda mengalami pendarahan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi.





Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi. RhoGam ni bersifat meneutralkan blk darah.

risiko2 yang perlu dihadapi oleh org yang berhesus -ve semasa preggy, kalau anak pertama  rhesus +ve takde masalah sangat , tapi si ibu kene dicucuk dengan RhoGam supaya kandungan kedua dan seterusnya tak bermasalah.



*********


kalau baby rhesus +ve, kite mesti dicucuk RhoGam dalam tempoh 72 jam
kalau tak berbahaya utk second pregnancy...
if tak cucuk Rhogam, NANTI  body kite ingat kandungan kedua tu benda asing dlm badan dan cube utk singkirkannya . then kemungkinan kite akan mengalami miscariage/kecacatan pada bayi.



salam sayang
<3 Husna Safiya <3

No comments :

Post a Comment